About me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
D.O.B 04.06.1992. .

17 February, 2008

Temuduga

johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupuncacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampi lan yang baik. Tetapi diakhir temuduga<>Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awa k nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya kelua r dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bek erja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Eeemmm... tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memaka i contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga". hhahaha ahahahahaah...

2 comments:

Anonymous said...

abis perut aku gelak kuat sgt
ahahahaha
kdk

Anonymous said...

xde post baru?